Sunday, June 22, 2014

VITAMIN IBU MENGANDUNG

Alhamdulillah masih dipinjamkan usia untuk berkongsi sedikit ilmu….
sebelum ni, saya ada kongsi entri pasal ibu-ibu yang bacaan darah dia tak berapa memberangsangkan. saya faham ianya menjadi tekanan bagi ibu-ibu kerana terpaksa dengar 'bebelan manja dari jururawat siap kena takut-takutkan lagi, lain kali kalau darah mama masih rendah nanti terpaksa kena masuk 10 jarum hari2… arghhh takutnya, saya masa kandungan anak pertama setiap kali nurse cucuk ambik darah memang gemuruh bukan sebab takut kena cucuk jarum tapi takut bacaan darah kurang dari yang sepatutnya…. dari appointment sebulan sekali kena monitor pula 2x sebulan, dan setiap kali appointment tiap tulah macam2 dimakan sebab nak up kan hb. masa tu lah saya telan pati ayam, makan banyak2 daging, (kena suruh makan hati ayam saya tak lalu & memang tak makan, tq very much doktor yang pernah consult saya memang nda suruh pun makan organ2 dalaman ni sebab bimbang termakan hati yang degil :P nanti anak pun degil, lawak doktor tu punya statement) tapi sampai ke minggu 36 pun bacaan hb saya hanya paling tinggi baru 11 kesian kan….masa kandungan anak pertama saya dapatkan khidmat nasihat klinik kerajaan & klinik swasta. Jadi saya faham sangat lah birokrasi berklinik kerajaan ni tapi saya nda mau salahkan diorang pun sebab saya tau, itu adalah SOP (standard operating procedure) diorang jadi kita patuh jak lah kan. Alhamdulillah selamat bersalin anak pertama pada 39w6d. Selamat tanpa perlu menjalani tambah darah,tapi alamak saya terpaksa terlantar dikatil 2 minggu sebab teruk kena jahitan, padahal baby 2.68 kg jak… plus saya terkena hemoroid (buasir). arghhhh masa ni dalam hati nekad no more labour after this….
     2 tahun selepas hehehe mengandung lagi (konon nda mau beranak lagi) tapi rezeki Allah kan, kita perlu jaga sebaiknya. Saya ambil keputusan guna klinik swasta sahaja bukan apa,tuntutan kerja saya yang banyak pergi luar kawasan susah untuk saya tepati temu janji yang dibuat, jadi daripada menyusahkan dua-dua pihak saya & klinik kesihatan ibu & anak saya gunakan klinik swasta sahaja. Masa fleksible. Saya dijaga (monitor) oleh dr pakar Sakit Puan jadi saya yakin lah atas nasihat2 nya kan. 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan rupanya dalam diam doktor sudah 'syak kenapa saya putih sangat (putih lah sangat) tetapi pucat. Doktor buatkan saya ujian darah mau cek kenapa. Keputusan darah,hb rendah tapi iron ok doktor cakap. tapi kenapa saya pucat. Then doktor buatkan saya ujian lain, ujian thalasemia. There you are…. doktor pun sudah jangka, saya thalasemia minor. (namanya juga doktor mestilah lah boleh ramal) Memang typikal pemilik darah O akan ada tendency thalasemia minor. Tapi tidak semua ya cuma kebanyakan…Alhamdulillah baby ke-2 saya bersalin lewat seminggu dari jangkaan iaitu 41minggu bersamaan 10bulan 1minggu, berat baby 3.2kg woow berat juga kan??? yess sekali lagi dengan jahitan. 
Dalam tempoh saya mengandung anak pertama, kedua ini saya memang patuh atas arahan doktor terutama atas ubat-ubatan yang diberi tak kira lah dari klinik kerajaan @pun swasta sebab semua ibu2 pasti inginkan yang terbaik untuk bayi kan. There's no excuse mommy being lazy to supply & maintaining a good health to their vomb. Asid folic, iron (hematinics) sudah tidak asing lagi bagi ibu2 mengandung. Tapi mengandung anak ke-3 ni lain sikit. seawal kandungan dikesan positif, sebarang vitamin yang doktor bagi semua keluar balik, dimuntahkan walaupun doktor bagi ubat tahan muntah pun still muntah. Benda ni berlarutan sehingga usia kandungan 2,3,4,5bulan. Doktor siap tukar vitamin ni cari yang boleh tolerate dengan badan, tapi nampaknya baby enggan menerima sebarang vitamin sintetik.(sintetik tu apa? dalam bahasa mudah tiruan)
Habis tu kalau semua makan muntah mau biar saja? kesian baby dalam perut nda dpt nutrien sepenuhnya, saya nda mau rasa bersalah sebab tidak berlaku adil kerana kedua2 kakaknya saya makan vitamin tp giliran yg ke-3 saya berserah saja? tidak, tidak itu bukan saya, saya akan ikhtiar yang terbaik untuk anak2 saya. 
dan….disinlah episod saya menggunakan SHAKLEE.saya bermula dengan vitamin jenis serbuk Mealshake sebab benda ni ada 18 vitamin & 6 mineral. mak ai macam nutritionist sudah, saya bukan dari medic background atau yang seangkatan ya. 
Alhamdulillah saya bertenaga, vitamin magic ini kongsi dengan anak2 sebab yang sulung malas makan, yg ke-2 pula ada eczema. Lepas dapat rasakan hasil positif saya up' kan lagi pengambilan vitamin cadangan untuk ibu2 mengandung trimester ke-2 saya tambah omega guard (minyak ikan yang bukan berasaskan fish liver penting untuk perkembangan otak bayi), vita-lea (vitamin yang boleh tingkatkan hemoglobin), vitamin c ( agar ibu tidak mudah diserang sakit), Energizing Soy Protein ( peranakan cepat kecut lepas bersalin, kulit anjal, tiada stretch mark) B complex ( lengkap dengan asid folik penting untuk bayi & anti steress)

arghhhh banyak nya nak kena makan…. ya sebab yang terbaik hanya untuk yang tersayang. tapi sebelum sayang orang lain diri sendiri jangan diabaikan. Kita makan ni untuk dapatkan tenaga agar lebih sihat & tidak lah murung kan. Inshallah bayi dalam kandungan pun akan ikut ceria macam ibunya. Perasan kan kalau tengok cerita korea ibu2 mengandung selalu jaga adab, sebab bimbang bayi dalam ikut perangai kita. Even orang yahudi pun kaedah melahirkan anak genius bermula sewaktu dalam rahim lagi… jadi jangan tunggu anak dah lahir baru nak fikir apa & apa, bukan dah terlambat tapi terlepas fasa penting dalam pendidikan awal anak2.


Ok, proses bersalin anak ke-3 ni lain sikit, sebab bersalin masa puasa ke 28, masa tu sudah 39minggu 2 hari. Alhamdulillah mild contraction dah rasa seawal lepas asar tapi tempoh masa hanya sejam sejam. Waktu maghrib, lepas saja berbuka puasa kontraksi semakin kuat. Masa ni saya ambil kesempatan minum susu kambing+ESP dan beberapa biji kurma direndam dalam minuman,bukan apa saya perlu kan tenaga untuk proses kelahiran. Alhamdulillah selepas melawan kontraksi sehingga jam 10.10 malam saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.4 kg kali ini tanpa jahitan. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. (dalam hati no wonder kali ni pembawaan mengandung lain2 rupanya dapat baby boy). Lepas-lepas keluar labour room, saya mmg exhausted. Suami datang bawakan bubur (sebab lapar sangat + penat teramat) & azankan baby pastu telan 4 biji ostemetrik. Perghh lega. Esoknya sudah boleh discharge, mau nak duduk hospital lama2 malam tu sudah takbir, esok sudah raya. Lepas cek2 saya sehat, darah pun cukup tak payah tambah2 ok tepat pukul 12 tgh saya pun keluar hospital. 
Inilah hero mommy…. Habib Yahya in da house… 

No comments:

Post a Comment