Monday, October 27, 2014

INDAHNYA DI KAMPUNG….

Suasana hening pagi di Kg. Air, Sandakan kelihatan dari jauh tu Pelabuhan Sandakan. 

PEMANDANGAN SEAWAL PAGI DI KAMPUNG AIR, SANDAKAN…. SAAT INI JUGA WAKTU TERBAIK UNTUK NELAYAN MENCARI REZEKI. TERINGAT MASA MULA-MULA BERPISAH DENGAN KELUARGA SEBAB SAMBUNG BELAJAR DI UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA RASA PILU, HOMESICK, DIMOTIVATED, PUTUS ASA SAMPAI2 MAU BERHENTI BELAJAR PUN ADA. NO WONDER 1ST 2ND SEMESTER DAPAT LB…. TAPI INGATERINGATKAN SUSAH PAYAH BAPA CARI REZEKI (MEMANG BUKAN SEBAGAI NELAYAN) TERPAKSA DIGAGAHI MENGHABISKAN 3 TAHUN. MAKLUMLAH ANAK EMAK DIBESARKAN DENGAN AIR TANGAN EMAK SARAPAN, MAKAN TENGAH HARI, MINUM PETANG, MAKAN MALAM. WALAUPUN KAIS PAGI MAKAN PAGI TAPI BAHAGIANYA… MEMANG SETIAP KITA MENANAM NEKAD UNTUK SAMBUNG BELAJAR SEBAB NAK UBAH TARAF HIDUP DARI YANG SO N SO KE YANG LEBIH BAIK….

MASA BELAJAR DI UTARA, MAK TIDAK PERNAH GAGAL MEM POS IKAN UNTUK BEKAL AKU & RAKAN-RAKAN TURUT DAPAT MERASA SAMA… OH BEGINI RASA IKAN SABAH (AMBOI PERLI KE…. ) TAPI DAPAT RASAKAN RAKAN-RAKAN SANGAT GEMBIRA BILA UDANG GORENG & IKAN GORENG DI POS SEKURANG-KURANGNYA SEBULAN SEKALI…. DAN MEMORI ITU MASIH SEGAR DIKONGSI RAKAN-RAKAN WALAUPUN SUDAH 15 TAHUN BERLALU….

SELEPAS TAMAT BELAJAR CUBA NASIB KERJA DI KUALA LUMPUR TAPI HANYA MAMPU BERTAHAN SEBULAN, KUATNYA KASIH & RINDU TERHADAP ORANG TUA MEMAKSA AKU BALIK JUGA KE KAMPUNG… WALAUPUN AKU TAU PELUANG KERJA KURANG TAPI HUHUHU AKU KAN ANAK EMAK… MASAKAN AIR TANGAN ITU SERING MEMANGGIL2 AKU PULANG. HAHAHAHA ALASAN…

ALHAMDULILLAH BERKAT TAK MEMILIH KERJA DAPAT LAH JUGA KERJA WALAUPUN SETAKAT KERANI STOR DI SALAH SEBUAH KILANG PAPAN DI SANDAKAN MILIK TAIWAN. HUHUHU PERIT JUGA KERJA DENGAN KOMPENI TAIWAN HIHIHI SEBAB MASALAH BAHASA, BAHASA CINA DORANG BUKAN MACAM CINA YANG BIASA DIDENGAR… ORG PUTIH PUN DORANG NDA FAHAM… SIKIT2 BOLEH LAH. LEPAS TU DIKELILINGI DENGAN HAMPIR 80% BURUH DARI JAWA (IMPORTED)… BEST DAPAT KENAL BUDAYA & MAKANAN DORANG WALAUPUN BELUM PERNAH DUDUK JAWA. OK CONSIDER SEBAGAI PENGALAMAN YANG MAHAL… WORKING HOURS 7PAGI-7 MALAM ISNIN-AHAD….  HAHAHAH PENDERAAN  TAPI DEMI INGIN MEMBANTU KELUARGA KENA LAH GAGAH. TAPI MASA NI BEST WALAUPUN SENGSARA. PAGI2 PERGI KERJA NAIK BAS NANTI BALIK MALAM BAPA & MAMA AMBIL. TENGAHARI MAK ATAU BAPA HANTAR BEKAL. MUJUR TAK JAUH MANA TP SEBAB KEADAAN JALAN RAYA TAK MENGIZINKAN TU YANG 10 MINIT JADI 1/2 JAM….
OWHH HOW I MISSED THAT BEKAL NASI PANAS DENGAN IKAN-IKAN SEGAR YANG DIBELI DI PASAR TANAH MERAH, SANDAKAN.

2 TAHUN LEBIH BERKHIDMAT SEBAGAI KERANI DENGAN GAJI HARI MEMANG SESUATU YANG TIDAK MENGUJAKAN… YANG NDA BEST TIME CUTI KENA KERJA JUGA… KALAU TAK KERJA MAKSUDNYA KURANGLAH PENDAPATAN MASA TU. DALAM MASA SELEPAS GRADUATED… RAKAN-RAKAN LAIN SUDAH STABIL DENGAN PEKERJAAN SEBAGAI KAKITANGAN AWAM (YANG DIIDAM-IDAMKAN SETIAP ORANG SEBAB GAJI TETAP & BANYAK INSENTIF) AKU JUGA TIDAK PUTUS2 HANTAR RESUME TAHUN PERTAMA GAGAL, TAHUN KEDUA GAGAL, TAHUN KETIGA ALHAMDULILLAH TERPANGGIL TEMUDUGA. YESSS HAPPY SEBAB AKU SELALU CAKAP DENGAN DIRI SENDIRI DAPAT TAK DAPAT TU KEDUA, YANG PENTING PANGGIL AKU INTERVIEW. REZEKI MENYEBELAHI TEMUDUGA PERTAMA AKU PUN DAPAT LAH KERJA YANG DIIDAM-IDAMKAN KERJA DI KERAJAAN. GAJI LEBIH KURANG DENGAN KOMPENI SEDIA ADA CUMA KELEBIHAN CUTI & TARAF JAWATAN TU TETAP…LAGIPUN MASA TU AKU SUDAH MEMEGANG KOMITMEN JANGKA PANJANG BELI RUMAH JADI AKU PERLUKAN SECURITY UTK AKU MAMPU MEMBAYAR KOMITMEN ITU….

EPISOD BARU, AKU PUN DAPAT KERJA TAPI PENEMPATAN DI KOTA KINABALU. HAHAHA EPISOD SEDIH LAGI MASA TU UMUR SUDAH CECAH 27 TAHUN… MASIH LAGI SEDIH2 & HOMESICK. MEMANGLAH SUASANA KERJA BERUBAH & UPGRADE… TAPI I MISS SOMETHING… BEKAL TENGAHARI YANG MASIH PANAS2… YANG MAK SEDIAKAN. DISINI HARI2 BERBAYAR & MAKANAN TAK MENEPATI PUN CITARASA. MEMANG TERASA LAH KERINDUAN YANG MEMBUAK2 DENGAN MAK. APA LAGI AKU PUN AMBIK KESEMPATAN SETIAP KALI CUTI HUJUNG MINGGU MESTI BALIK SANDAKAN, TAK LAH JAUH MANA 335KM JAK AMBIL MASA 6-7 JAM. BIASA NAIK BAS MALAM PADA HARI JUMAAT DAN BAPA AKAN AMBIL DI STESEN BAS PUKUL 2 PAGI. BALIK KK AHAD PUKUL 2 PETANG & SAMPAI PUKUL 8 MALAM. ITULAH RUTIN KU SEPANJANG DUDUK DI KK.

TAHUN 2007 AKU BERKAHWIN TAPI PERKAHWINAN JARAK JAUH (PJJ) HUBBY DI SANDAKAN AKU DI KK. PUN RUTIN TETAP DITERUSKAN AKAN BALIK SANDAKAN SETIAP 2 MINGGU. RUTIN BERTERUSAN SEHINGGA TAHUN 2009 AKU AKHIRNYA DAPAT PINDAH KE LAHAD DATU. KIRA DEKAT SIKIT LAH DENGAN SANDAKAN DALAM 200KM JER AMBIK MASA 3-4 JAM. (SEKALI LAGI FAKTOR JALAN) KALAU MASA DI UTARA JARAK KEDAH-KL DALAM 400++ KM TAPI MASA PERJALANAN 4 JAM SAHAJA. JADI ORANG-ORANG SEMENANJUNG JANGAN KIRA PERJALANAN DI SABAH BY KM YER… NANTI SALAH TIMING.

MASA DUDUK LAHAD DATU NI INGATKAN SUDAH BOLEH DUDUK DIAM, RUPANYA RUTIN KU MASIH BERTERUSAN HINGGALAH SEKARANG, AKU AKAN BALIK SETIAP 2 MINGGU UNTUK MENJENGUK MAK BAPA YANG DIRINDUI… KUATNYA KASIH DORANG KAN SAMPAIKAN JARAK, MASA, TENANGA & DUIT ITU BUKAN UKURAN. ALASAN AKU, AKU RINDUKAN MASAKAN IKAN REBUS (SUP IKAN) AIR TANGAN MAK YANG DIBELI DI PASAR SEGAR TANAH MERAH, SANDAKAN. DAN AKAN TAPAU IKAN SEGAR BAWA BALIK LAHAD DATU UNTUK BEKAL SEPANJANG TAK BALIK SANDAKAN.
ah pembuka selera… ikan masak taucu dengan sambal kicap

Inilah buah hati yang sering dirindui…. semoga keikhlasan membesarkan 13 anak ini Allah balas Syurga di akhirat kelak. 
SEKIAN, SAJA KONGSI-KONGSI CERITA PASAL KEHIDUPAN. MENGHILANGKAN RINDU SUASANA DI KAMPUNG.

No comments:

Post a Comment