Tuesday, May 27, 2014

CADANGAN ALTERNATIF UNTUK GOUT

Penyakit Gout adalah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes hanya menjejaskan satu sendi khususnya ibu jari kaki. Istilah Gout berasal dari perkataan Latin "gutta" yang bermakna "setitis".

Pesakit yang mengidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik atau gabungan kedua-duanya sekali. Asis urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipedemia Jenis IV, kencing manis dan darah tinggi.



FUNGSI-FUNGSI CADANGAN SET GOUT DARI SHAKLEE

Alfalfa - detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.

Performance Drink  -  memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

Omega Guard – mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan.

Berminat? call/ wassap : Jalita -0178671223
COD area Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan

Sunday, May 18, 2014

SET VITAMIN UNTUK KANAK-KANAK

Anak-anak selalu sakit? demam? selsema? batuk? eczema? asthma?
Masih mencari-cari makanan tambahan / vitamin yang sesuai untuk menambahkan zat2/ nutrien yang anak-anak perlukan. Tambahan anak-anak kita amat terdedah dengan pemakanan yang kurang seimbang & segera.
Jom kita mencuba rangkaian set cadangan makanan tambahan khas untuk anak-anak yang kita sayang….  apa yang penting ianya semulajadi 

Sentiasa selamat, sentiasa berkesan & sentiasa mesra alam




Meal Shakes

call/wassap : Jalita 0178671223
SID : 1079162

Tuesday, May 13, 2014

ELAKKAN LETIH & MENGANTUK

Apa Kaitan Letih dan Vitamin B12?

Anda selalu berasa letih dan kurang bertenaga?

Anda mungkin memerlukan lebih  vitamin B12.
Vitamin ini boleh didapati di dalam makanan yang berasaskan haiwan.
Vitamin ini membantu menyelia penghasilan metabolisma dan tenaga serta merupakan salah satu kunci untuk mengekalkan kesihatan otak dan sistem saraf yang baik.
Keletihan merupakan tanda-tanda kekurangan vitamin B12 yang biasanya berlaku kepada mereka yang kurang makan makanan yang mengandungi protein haiwan.
Pengambilan antasid untuk mengurangkan pedih ulu hati dan gastrik juga boleh menyebabkan kekurangan vitamin B12 kerana ia menganggu penyerapan B12 ke dalam badan.
Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan vitamin B12?
Sekiranya anda kurang makan daging atau produk tenusu atau tidak mengambil supplemen B12, anda tidur 7 – 8 jam setiap malam, dan anda seorang yang aktif, jadi kekurangan tenaga anda adalah berpunca dari kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Oleh itu anda perlu menambah pengambilan produk tenusu kurang lemak seperti yogurt dan juga makanan lain seperti ikan, ayam dan daging.

Hubungi saya untuk mendapatkan Shaklee anda
Jalita
0178671223
Pengedar Bebas Shaklee
SID 1079162
CADANGAN VITAMIN BAGI MASALAH LETIH & MENGANTUK…. MASA BELAJAR DULU KALAU KENAL BENDA ALAH NI MESTI SAYA TAK KENA PANGGIL DUDUK DI DEPAN SEBAB ASYIK MENGUAP…AKA MATA GARFIELD YANG MENGANTUK JAK

Sunday, May 11, 2014

SET KURUS & SEHAT


Buang, Bakar, Bina, Buang , Bakar, Bina, Buang

3 konsep utama – BUANG, BAKAR, BINA. Apa yang dibuang, dibakar dan dibina tu?

Sebelum tu, suka saya nak ingatkan, untuk turunkan berat badan, bukan hasil satu malam. Dan sesiapa yang nak kuruskan badan harus faham konsep kalori. Kalori yan...g diambil haruslah seimbang dengan kalori yang digunakan. Kalori yang tak digunakan itu lah yang menjadikan badan kita bertambah gemuk!

1. BUANG
Produk: ALFALFA/HERB-LAX
Fungsi: Membuang lemak, toksin dalam badan buang

2. BAKAR
Produk: LECITHIN/OMEGA GUARD
Fungsi: Bertindak sebagai pemecah lemak dan pembakar lemak dan kolestrol
bakar

3. BINA
Produk: CINCH/ ENERGY SOY PROTEIN
Fungsi: Bina otot, elak kulit menggeleber bina

LANGKAH PERTAMA: DETOX

Detox adalah proses pembersihan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum

Produk pilihan untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit-birit kepada anak.

LANGKAH KEDUA: MEMECAHKAN LEMAK

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak atau secara ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tapi diperlukan oleh badan.

LANGKAH KETIGA: MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN

Membina otot adalah penting dalam berdiet. Otot yang sihat membakar lemak lebih baik dan menjadikan kawalan berat badan kita menjadi lebih baik dan mengelakkan – mudah turun mudah naik. Oleh kerana itu pengambilan protein penting dalam program penurunan berat badan.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih sama ada Cinch Shake Mix atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake Mix ni, tapi gantikan dengan ESP (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan).

Walau apa jua supplement yang anda makan untuk kurus, anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak, rajin bersenam dan banyakkan minum air – sekurang-kurangnya 3L sehari.

Pilihlah produk anda. Ramai dah merasai sendiri perubahan dengan menggunakan Shaklee. Turunkan berat badan dengan cara yang betul, agar kesihatan terjamin, bukan sekadar kurus!

Hanya serendah RM 105 untuk set bajet & set penuh RM 210 atau set premium kurus RM 405 tidak termasuk pos.

Hubungi kami untuk mendapatkan Shaklee anda
Jalita & Bib - 0178671223
Pengedar Bebas Shaklee
SID 1079162

Thursday, May 8, 2014

Assalammualaikum


Kali ini cerita pasal meal shakes pula. siapa yang perkenalkan? Mau tau ini multivitamin pertama yang aku cuba dalam banyak-banyak produk shaklee. Mula makan tahun lepas masa mengandung anak ke3 dan usia kandungan 5 bulan. Kenapa meal shakes? heheheheheh sebab mengandung ni lain orang lain 'pembawaan dia. Aku mengandung anak ke-3 mengalami ketidak serasian atas vitamin2 yang dibekalkan oleh klinik. Dari usia kandungan 1 bulan, 2bulan, 3 bulan, 4 bulan aku try adapt tapi gagal juga. Gagal macam mana? bila aku makan vitamin tu keluar balik dalam bahasa mudah dimuntahkan balik bersama makanan-makanan yang sudah aku makan. nda pernah try tukar vitamin lain ka? doktor sudah tukar juga balik2 tp memang c baby nda mau lah terima yang sintetik ni. Jadinya aku quit ambil vitamin so aku gamble jak mengandung tanpa mengambil apa2 vitamin.  Rasa bersalah pula bila kena scan berat baby dibawah bacaan normal. ringan berbanding usia kandungan ka gitu. Jadi dari saat rasa bersalah tu lah aku mula google cari-cari vitamin yang sesuai sampai lah jumpa di group Facebook KK mommies ada members advertise vitamin untuk ibu-ibu mengandung, thank you hidayah.

Ok kenapa meal shake ni istimewa? sebab ini multivitamin dalam bentuk serbuk perisa vanilla lagi nah memang lah sedap. anak-anak pun suka. Apa kelebihan meal shakes ni aku bukan sebarangan jak ambil mau-mau harga masa tu boleh tahan lah juga RM 121.20 se tong. aku lagi yang baru mau jinak-jinak dengan vitamin ni memang lah rasa woow mahalnya tapi sebab niat aku mahu lahirkan baby yang sihat yang cukup zatnya jadi tutup mata lah beli kan.

Kelebihan meal shakes ni sebab

  • memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien
  • sumber pemakanan serat dan protein terbaik ( elak kita dari sembelit)
  • kaya dengan sumber kalsium ( penting untuk pembentukan tulang)
  • Glisemik indeks yang rendah ( apa pula glisemik2 ni G.I yang rendah memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan kita. Maintain paras gula dalam darah yang rendah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan jangka panjang)
siapa-siapa yang boleh ambil selain ibu-ibu mengandung? :
  • kanak-kanak yang kurang selera makan, selalu sembelit, kanak-kanak yan mau membesar, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil fast food.
cod lahad datu town area, bandar sri perdana.
jal - 0178671223

Tuesday, May 6, 2014

Pengedar Bebas Shaklee - Kawasan Lahad Datu

Saya adalah Pengedar Bebas Shaklee Kawasan Lahad Datu dan sekitar. Sebarang pertanyaan berhubung produk, bolehlah menghubungi saya.

Terima Kasih.










SID 1079162
Call/ wassap : 0178671223 - Jalita