Monday, October 27, 2014

INDAHNYA DI KAMPUNG….

Suasana hening pagi di Kg. Air, Sandakan kelihatan dari jauh tu Pelabuhan Sandakan. 

PEMANDANGAN SEAWAL PAGI DI KAMPUNG AIR, SANDAKAN…. SAAT INI JUGA WAKTU TERBAIK UNTUK NELAYAN MENCARI REZEKI. TERINGAT MASA MULA-MULA BERPISAH DENGAN KELUARGA SEBAB SAMBUNG BELAJAR DI UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA RASA PILU, HOMESICK, DIMOTIVATED, PUTUS ASA SAMPAI2 MAU BERHENTI BELAJAR PUN ADA. NO WONDER 1ST 2ND SEMESTER DAPAT LB…. TAPI INGATERINGATKAN SUSAH PAYAH BAPA CARI REZEKI (MEMANG BUKAN SEBAGAI NELAYAN) TERPAKSA DIGAGAHI MENGHABISKAN 3 TAHUN. MAKLUMLAH ANAK EMAK DIBESARKAN DENGAN AIR TANGAN EMAK SARAPAN, MAKAN TENGAH HARI, MINUM PETANG, MAKAN MALAM. WALAUPUN KAIS PAGI MAKAN PAGI TAPI BAHAGIANYA… MEMANG SETIAP KITA MENANAM NEKAD UNTUK SAMBUNG BELAJAR SEBAB NAK UBAH TARAF HIDUP DARI YANG SO N SO KE YANG LEBIH BAIK….

MASA BELAJAR DI UTARA, MAK TIDAK PERNAH GAGAL MEM POS IKAN UNTUK BEKAL AKU & RAKAN-RAKAN TURUT DAPAT MERASA SAMA… OH BEGINI RASA IKAN SABAH (AMBOI PERLI KE…. ) TAPI DAPAT RASAKAN RAKAN-RAKAN SANGAT GEMBIRA BILA UDANG GORENG & IKAN GORENG DI POS SEKURANG-KURANGNYA SEBULAN SEKALI…. DAN MEMORI ITU MASIH SEGAR DIKONGSI RAKAN-RAKAN WALAUPUN SUDAH 15 TAHUN BERLALU….

SELEPAS TAMAT BELAJAR CUBA NASIB KERJA DI KUALA LUMPUR TAPI HANYA MAMPU BERTAHAN SEBULAN, KUATNYA KASIH & RINDU TERHADAP ORANG TUA MEMAKSA AKU BALIK JUGA KE KAMPUNG… WALAUPUN AKU TAU PELUANG KERJA KURANG TAPI HUHUHU AKU KAN ANAK EMAK… MASAKAN AIR TANGAN ITU SERING MEMANGGIL2 AKU PULANG. HAHAHAHA ALASAN…

ALHAMDULILLAH BERKAT TAK MEMILIH KERJA DAPAT LAH JUGA KERJA WALAUPUN SETAKAT KERANI STOR DI SALAH SEBUAH KILANG PAPAN DI SANDAKAN MILIK TAIWAN. HUHUHU PERIT JUGA KERJA DENGAN KOMPENI TAIWAN HIHIHI SEBAB MASALAH BAHASA, BAHASA CINA DORANG BUKAN MACAM CINA YANG BIASA DIDENGAR… ORG PUTIH PUN DORANG NDA FAHAM… SIKIT2 BOLEH LAH. LEPAS TU DIKELILINGI DENGAN HAMPIR 80% BURUH DARI JAWA (IMPORTED)… BEST DAPAT KENAL BUDAYA & MAKANAN DORANG WALAUPUN BELUM PERNAH DUDUK JAWA. OK CONSIDER SEBAGAI PENGALAMAN YANG MAHAL… WORKING HOURS 7PAGI-7 MALAM ISNIN-AHAD….  HAHAHAH PENDERAAN  TAPI DEMI INGIN MEMBANTU KELUARGA KENA LAH GAGAH. TAPI MASA NI BEST WALAUPUN SENGSARA. PAGI2 PERGI KERJA NAIK BAS NANTI BALIK MALAM BAPA & MAMA AMBIL. TENGAHARI MAK ATAU BAPA HANTAR BEKAL. MUJUR TAK JAUH MANA TP SEBAB KEADAAN JALAN RAYA TAK MENGIZINKAN TU YANG 10 MINIT JADI 1/2 JAM….
OWHH HOW I MISSED THAT BEKAL NASI PANAS DENGAN IKAN-IKAN SEGAR YANG DIBELI DI PASAR TANAH MERAH, SANDAKAN.

2 TAHUN LEBIH BERKHIDMAT SEBAGAI KERANI DENGAN GAJI HARI MEMANG SESUATU YANG TIDAK MENGUJAKAN… YANG NDA BEST TIME CUTI KENA KERJA JUGA… KALAU TAK KERJA MAKSUDNYA KURANGLAH PENDAPATAN MASA TU. DALAM MASA SELEPAS GRADUATED… RAKAN-RAKAN LAIN SUDAH STABIL DENGAN PEKERJAAN SEBAGAI KAKITANGAN AWAM (YANG DIIDAM-IDAMKAN SETIAP ORANG SEBAB GAJI TETAP & BANYAK INSENTIF) AKU JUGA TIDAK PUTUS2 HANTAR RESUME TAHUN PERTAMA GAGAL, TAHUN KEDUA GAGAL, TAHUN KETIGA ALHAMDULILLAH TERPANGGIL TEMUDUGA. YESSS HAPPY SEBAB AKU SELALU CAKAP DENGAN DIRI SENDIRI DAPAT TAK DAPAT TU KEDUA, YANG PENTING PANGGIL AKU INTERVIEW. REZEKI MENYEBELAHI TEMUDUGA PERTAMA AKU PUN DAPAT LAH KERJA YANG DIIDAM-IDAMKAN KERJA DI KERAJAAN. GAJI LEBIH KURANG DENGAN KOMPENI SEDIA ADA CUMA KELEBIHAN CUTI & TARAF JAWATAN TU TETAP…LAGIPUN MASA TU AKU SUDAH MEMEGANG KOMITMEN JANGKA PANJANG BELI RUMAH JADI AKU PERLUKAN SECURITY UTK AKU MAMPU MEMBAYAR KOMITMEN ITU….

EPISOD BARU, AKU PUN DAPAT KERJA TAPI PENEMPATAN DI KOTA KINABALU. HAHAHA EPISOD SEDIH LAGI MASA TU UMUR SUDAH CECAH 27 TAHUN… MASIH LAGI SEDIH2 & HOMESICK. MEMANGLAH SUASANA KERJA BERUBAH & UPGRADE… TAPI I MISS SOMETHING… BEKAL TENGAHARI YANG MASIH PANAS2… YANG MAK SEDIAKAN. DISINI HARI2 BERBAYAR & MAKANAN TAK MENEPATI PUN CITARASA. MEMANG TERASA LAH KERINDUAN YANG MEMBUAK2 DENGAN MAK. APA LAGI AKU PUN AMBIK KESEMPATAN SETIAP KALI CUTI HUJUNG MINGGU MESTI BALIK SANDAKAN, TAK LAH JAUH MANA 335KM JAK AMBIL MASA 6-7 JAM. BIASA NAIK BAS MALAM PADA HARI JUMAAT DAN BAPA AKAN AMBIL DI STESEN BAS PUKUL 2 PAGI. BALIK KK AHAD PUKUL 2 PETANG & SAMPAI PUKUL 8 MALAM. ITULAH RUTIN KU SEPANJANG DUDUK DI KK.

TAHUN 2007 AKU BERKAHWIN TAPI PERKAHWINAN JARAK JAUH (PJJ) HUBBY DI SANDAKAN AKU DI KK. PUN RUTIN TETAP DITERUSKAN AKAN BALIK SANDAKAN SETIAP 2 MINGGU. RUTIN BERTERUSAN SEHINGGA TAHUN 2009 AKU AKHIRNYA DAPAT PINDAH KE LAHAD DATU. KIRA DEKAT SIKIT LAH DENGAN SANDAKAN DALAM 200KM JER AMBIK MASA 3-4 JAM. (SEKALI LAGI FAKTOR JALAN) KALAU MASA DI UTARA JARAK KEDAH-KL DALAM 400++ KM TAPI MASA PERJALANAN 4 JAM SAHAJA. JADI ORANG-ORANG SEMENANJUNG JANGAN KIRA PERJALANAN DI SABAH BY KM YER… NANTI SALAH TIMING.

MASA DUDUK LAHAD DATU NI INGATKAN SUDAH BOLEH DUDUK DIAM, RUPANYA RUTIN KU MASIH BERTERUSAN HINGGALAH SEKARANG, AKU AKAN BALIK SETIAP 2 MINGGU UNTUK MENJENGUK MAK BAPA YANG DIRINDUI… KUATNYA KASIH DORANG KAN SAMPAIKAN JARAK, MASA, TENANGA & DUIT ITU BUKAN UKURAN. ALASAN AKU, AKU RINDUKAN MASAKAN IKAN REBUS (SUP IKAN) AIR TANGAN MAK YANG DIBELI DI PASAR SEGAR TANAH MERAH, SANDAKAN. DAN AKAN TAPAU IKAN SEGAR BAWA BALIK LAHAD DATU UNTUK BEKAL SEPANJANG TAK BALIK SANDAKAN.
ah pembuka selera… ikan masak taucu dengan sambal kicap

Inilah buah hati yang sering dirindui…. semoga keikhlasan membesarkan 13 anak ini Allah balas Syurga di akhirat kelak. 
SEKIAN, SAJA KONGSI-KONGSI CERITA PASAL KEHIDUPAN. MENGHILANGKAN RINDU SUASANA DI KAMPUNG.

KENAPA PERLUNYA SUPPLEMEN


Sebelum kita terikut-ikut tren semasa sebab banyak betul publisiti pasal supplemen ini kita kena lah buat sedikit study… bukan main ikut-ikut orang (setuju?) huhuhu saya pun masa mula-mula kenal supplemen ni tahun 2007 kawan sekerja kenalkan tapi bukan secara detail. Lepas tu saya tak pernah ambil kisah pun, saya hadir talk memang ada cerita pasal manfaat kebetulan orang yang sharing tu punya masalah yang sama dengan saya 'RESDUNG' saya kerap bersin waktu pagi, kadang mata merah2 sebab hidung gatal mujur muka tak sensitif hingga boleh sebabkan jerawat, jadi saya anggap saya masih ok. Kenapa tak tertarik pun talk orang tu? sebab pendekatan dia mungkin sebab saya ada pendirian sendiri bab2 cepat kaya ni… huhuhu maklumlah orang tu memang brief pasal MLM (multi level marketing) macam mana mau jadi kaya dengan jual produk. alamak panjang pula pengenalan PERLUNYA SUPPLEMEN ni… takper mungkin pembaca pun ada pengalaman yang sama dengan saya. 
Ok sekarang kenapa perlu supplemen sebab pada tahun 2013 saya mengandung anak ke-3 saya alah semua vitamin yang klinik bekalkan saya faham kepentingan asid folik & pada trimester ke-2 saya perlu lagi obimin (sebab saya kekurangan darah iron ok cuma hb rendah sbb saya thalasemia minor) tapi semua ni saya memang tak boleh telan tiap kali telan saya akan muntah kalau hari2 mau tekak luka & hari2 saya akan jadi suram/ moody tiada selera makan, tidak aktif, lemah & lain2 simptom ibu mengandung. Masa tu saya biarkan saja tanpa pengambilan vitamin sehingga usia kandungan 5 bulan. Bukan tiada ikhtiar doktor pun suda tukar preskripsi vitamin tapi memang baby mungkin tak mau tolerate dengan vitamin sintetik. 
Buat carian akhirnya hati terbuka mencuba vitamin/ supplemen semulajadi yang bukan asaskan tablet saya mencuba MEALSHAKE sebab vitamin serbuk ni ada 17 vitamin & mineral. Saya upgrade lagi pengambilan B complex & Vita-Lea alhamdulillah saya boleh telan tanpa muntahkan balik. Saya juga ada eczema di bahagian kaki teruk sampai luka2 saya garu yang ini ada sejak mengandung anak pertama dan berterusan sehingga anak ke-3 tak mengandung pun datang juga yang pelik semua ni tanpa sedar pulih…. 

KENAPA PERLU MENGAMBIL SUPPLEMEN???
  • KITA SERING TERDEDAH TERHADAP PENCEMARAN ALAM SEKITAR
  • BADAN KITA MEMERLUKAN DOS YANG LEBIH BAGI SESETENGAH NUTRIEN
  • BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN MUNGKIN TERJEJAS ATAU TERCEMAR
  • AMALAN GAYA HIDUP TIDAK SIHAT
  • KEBANYAKAN KITA MAKAN IKUT SELERA MAKAN
  • GANGGUAN PENYERAPAN NUTRISI DARIPADA MAKANAN
  • KEHILANGAN NUTRIEN DALAM MAKANAN

KEKURANGAN NUTRISI BOLEH MENINGKATKAN RISIKO KESIHATAN ANTARANYA;
  • PENUAAN PRAMATANG
  • KELESUAN
  • MUDAH MENDAPAT PENYAKIT DAN JANGKITAN
  • KEGUGURAN RAMBUT
  • OSTEOPOROSIS
  • KULIT BERMASALAH
  • DAN BANYAK LAGI….

KENAPA SHAKLEE JADI PILIHAN???
Menukar jenama boleh mengubah hidup kita…
Keistimewaan Shaklee:
  1. SENTIASA SELAMAT lebih 80,000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan keberkesanan dan ketulenan sebenar dan lebih 350 ujian dijalankan ke atas setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya.
  2. SENTIASA BERKESAN lebih $300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk, bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen. Dan disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan.
  3. SENTIASA MESRA ALAM produk mesra alam yang benar-benar selamat untuk anda, rumah juga bumi anda. Peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yang mesra alam. 

Jadi tepuk dada tanya selera… sebab kita terancam dengan gaya hidup kita sendiri yang kurang sehat…. 

OBESITI - 2 drpd setiap 5 orang dewasa rakyat Malaysia adalah gemuk atau obes
DIABETES - 1 drpd 7 orang dewasa rakyat Malaysia adalah pesakit kencing manis
PENYAKIT JANTUNG - 1 drpd 6 kematian di Malaysia disebabkan oleh penyakit jantung.

SEKIAN. 

SUMBER : BUKU A RIGHT START TO GOOD NUTRITION 

Thursday, October 9, 2014

BAWA ANAK-ANAK KENAL ORANG UTAN DI SEPILOK, BATU 14 SANDAKAN

SEPILOK 30TH ANNIVERSARY….
Cuti gantian hari raya qurban dimanfaatkan oleh Encik Suami dengan membawa anak-anak pergi melawat pusat pemulihan orang utan di tempat yang terkenal SEPILOK ( saya duduk diam2 di rumah sebab morning sickness & tak larat mau jalan2)… saya tabik encik suami suka dedahkan anak-anak mengenal haiwan maklumlah saya ni paranoid haiwan… huhuhu kucing, cicak, lipas, belalang pendek cerita dari sekecik2 serangga hingga sebesar2 haiwan. Tapi tak bermakna saya benci haiwan cuma saya tiada kudrat melawan ketakutan haiwan2 ini. (mungkin kena cuba nasib ikut fear factor :P)  

Di sini saya kongsikan gambar-gambar sepanjang lawatan ke pusat pemulihan orang utan SEPILOK, Sandakan Sabah. 
untuk makluman… tiket masuk RM 5 (dewasa) RM 2 (kanak-kanak) 



Bernasib baik sempena ulang tahun yang ke-30 SEPILOK boleh tengok BERUANG  percuma


Thursday, October 2, 2014

SET BERSALIN BAJET SHAKLEE

SET BERSALIN BAJET SHAKLEE

Pening kepala memikirkan set bersalin yang mau diambil, tambahan lagi kenaikan minyak ron 95 yang telah dikurangkan subsidi sebanyak 20 sen lagi lah kita berkira kan. Tapi ibu-ibu tolong jangan berkira bila bercerita aspek kesihatan… lebih2 lagi ibu2 sekarang penyumbang kepada ekonomi keluarga, kalau kita kurang sehat macam mana mau tolong keluarga kan. So please ibu-ibu jangan ambil remeh ya. Mungkin set BERSALIN premium Shaklee agak boleh tahan harganya, jadi apa kata kita ambil yang asas… Sini izinkan saya cadangkan set BERSALIN BAJET SHAKLEE yang terdiri dari :

  1. VITALEA IRON FORMULA
  2. SUSTAINED RELEASED VITAMIN C
  3. ZINC COMPLEX
  4. B COMPLEX
Berita baik juga set ini bukan sahaja boleh diambil untuk yang bersalin norma tetapi set yang sama juga boleh diambil untuk bersalin cara caesarian (pembedahan).

SET BERSALIN BAJET  di atas boleh membantu menyelesaikan masalah-masalah asas selepas bersalin dengan memberi manfaat seperti di bawah

VITALEA IRON FORMULA - RM 88.75
- MULTI VITAMIN YANG DILENGKAPI DENGAN ZAT BESI INI SESUAI UNTUK MEMBINA KEMBALI SEL-SEL DARAH MERAH YANG BANYAK HILANG KETIKA BERSALIN.

SUSTAINED RELEASED VITAMIN C - RM 92.50
- MEMBANTU PROSES PENYEMBUHAN LUKA KERANA VITAMIN C SHAKLEE KAYA DENGAN FLAVONOIDS IAITU ANTIOKSIDAN DAN MENINGKATKAN IMUNITI IBU

ZINC COMPLEX - RM 33.75
- MEMBANTU PROSES PENYEMBUHAN LUKA DAN MENGELAKKAN KERADANGAN (KALAU SIAPA2 YANG TAK LALU MAKAN IKAN HARUAN (MACAM SAYA) INI OPSYEN TERBAIK )

B COMPLEX - RM53.75
- TERKENAL SEBAGAI VITAMIN ANTI STRESS DAN TERLIBAT DALAM PENGHASILAN TENAGA. PENTING UNTUK IBU-IBU MENYUSUKAN KERANA PENGHASILAN SUSU BERGANTUNG DENGAN STRESS… LESS STRESS MORE MILK…

Ok lah, perkongsian SET BERSALIN BAJET SHAKLEE untuk kali ini. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat. Saya telah menggunakan SET BERSALIN SHAKLEE ini ketika anak ke-3 dan saya memang dapat rasakan perbezaan mengamalkan produk makanan tambahan ini berbanding tiada. Pesan saya jangan ambil remeh kesihatan kita sebab kalau kita tak sihat macam mana kita nak jaga ahli keluarga tersayang kita.

SAYANG DIRI KITA AGAR DAPAT BERI KASIH SAYANG DENGAN ORANG TERSAYANG.



SHARING IS CARING.
JALITA -0178671223